Saturday, December 3

Pencarian susu kambing segar di Kuching , Sarawak. (SUSU KAMBING ABU SAMAH)

Assalamualaikum . . 

Haritu aku ada terbaca satu artikel dimana ia mengatakan bagusnya susu kambing diminum bersama kurma dalam ikhtiar hamil (nanti aku tepek artikel tu kat sini) . . Memandangkan kami suami isteri masih belum dikurniakan zuriat, maka aku rasa, apalah salahnya kita mencuba . . Lagipun aku dan suami memang biasa minum susu. Cuma kali ni nak mencuba susu kambing pulak.



So, bermulalah pencarian susu kambing . . Banyak yang jual susu kambing dalam bentuk serbuk tu. tapi aku rasa macam nak mencuba yang fresh . . search punya search, terjumpalah page SUSU KAMBING ABU SAMAH ni kat Facebook . .Dalam page tu pun dah siap bagi direction. So, memandangkan aku dan suami memang dah berada kat luar, pastu direction nak ke sana pun dalam 20minit plus minus je, terus la gerak ke sana . . Payah jugak nak cari susu kambing yang fresh ni. Sampai ke hujung kampung aku masuk. Susu kambing ni dijual dirumah je. takde kedai . . 



sesampai je kat rumah seller ni, nampak la kandang kambing tepi rumah dia . Macam nak masuk je dalam kandang tu. sebab lama dah tak tengok kambing dari dekat . huhu..


Memandangkan harga Susu Kambing Abu Samah ni murah sikit, jadi aku borong la 10botol . Pada mulanya nak ambil semua plain, tapi risau plak tak tertelan sebab tak tau apa rasanya lagi. So, beli la 7botol yang plain dan 3botol yang strawbery. 2 jenis ni je yang ada buat masa sekarang ni . . 

susu kambing ni kalau letak kat chiller tak tahan lama sangat sebab susu ni asli dan takde tambahan bahan pengawet. Tapi kalau letak kat freezer, susu ni boleh tahan 3bulan . . kalau nak minum, keluarkan 4jam sebelum minum bagi dia cair dulu. Senang nak minum . .

Sebotol susu kambing plain ni harganya RM8/botol . kalau yang perisa strawbery RM9/botol.
sebotol ni 200ml. Susu kambing ni mahal dari susu lembu. Mungkin sebab susah nak dapat kot. Tapi dengan harga RM8 sebotol(200ml), pada aku murah la. Sebabnya . . . .


 sebelum aku beli susu kambing Abu Samah ni, aku ada beli susu kambing kat kedai area pekan Kuching. Masa beli ni, tinggal dua botol je. plain dah habis. Yang ni sebotol RM16(280ml) . .. Mahallll...waaaaaaa



Size lebih kurang je. Kalo jumpa yang susu kambing Abu Samah ni dulu, aku tak beli dah yang lain. Tapi dah jumpa yang tu dulu kan . .sob..sob...


Ini adalah pengalaman pertama membeli dan mencuba susu kambing asli . . Lepas ni nak cari kurma plak. boleh blend skali ngan susu kambing ni. Semoga khasiat susu kambing dan kurma menjadi asbab untuk memdapatkan zuriat. Amin~

2 comments:

Unni Anje said...

Jauhnya kat sarawak

Edda414 said...

Unni Anje
Hhaahaha.. jauhkann.. Dah merantau kat sini kena cari kat sini la..