Monday, December 5

Memancing Udang Galah di KOLAM MEMANCING UDANG GALAH LUMUT ~

Assalamualaikum . .

Siapa yang tak pernah memancing tolonglah jangan pergi sini. Nanti korang tiba-tiba jadi mengidam nak memancing je memanjang. Percayalah.. Mula-mula dengar pasal memancing ni memang la tak berapa menawan je bunyinyer, tapi kalo korang dah start pegang batang pancing pastu dah start dapat sekor udang, nafsu memancing korang akan membuak secara tiba-tiba... Sebab itulah yang aku dah alami setelah menjejak kan kaki ke kolam ni.. 

Lumut ni ada rumah adik aku kat sana. kebetulan masa balik semenanjung haritu adik aku ajak bermalam kat rumah dia.Nasib la aku bermalam kat sana 3 hari je. sebab dalam tiga haritu, tiap2 malam aku ke kolam tu pergi memancing. hahahaha.. 


Dekat depan kolam memancing ni ada orang menjual-jual jugak. So, agak-agak lapar masa memancing tu bolehlah pekena burger ke..



Kolam ni agak besar dan udang dalam tu pun banyak.. Tak pastilah banyak mana sebab tak nampak dasar pun kolam tu. Agak-agak je. 


Sebelum memulakan pemancingan, kena pergi ke kaunter dulu . Macam register la. Tapi kitorang budget nak mancing sejam je. Lepas dah bagitau kat kaunter nanti dorang bagi umpan dan batang pancing. umpan yang digunakan adalah hati ayam. Batang pancing ambil satu je. Gilir-gilir sekejap sorang nak bagi pengalaman je punnn.. 


Lepas tu dorang akan bagi jugak jaring ni untuk campak udang yang kita dah dapat tu..

Inilah adik ipar aku. Dia ni la yang ajar kitorang memancing kat kolam ni.. sampai gian nak pegang batang pancing dibuatnya. huhu


Untuk permulaan, adik ipar aku yang memancing dulu.. tapi tak sampai seminit letak umpan dah dapat sekor . . Maklumlah.. orang berpengalaman. 



Abah taknak join mancing. dia duduk minum tepi kolam je. 




Bila dapat udang seronok la.. bila lama campak umpan tak dapat-dapat pun udang mulalah bosan.. Pada aku taklah bosan sangat. Cuma geram je lebih. sebabnyer, udang-udang dalam kolam tu pun bijak betul. Udang tu makan umpan pastu tak sangkut kat mata kail. geram je tengok udang tu dok tarik-tarik umpan, bila kita nak tarik naik, terlepassssssss... Geram. tu yang buat nak datang berulang-ulang kali tu. hahaha


Nah Fanpage Kolam udang galah!

Bawah ni pulak ada sikit details:-


Masa operasi
10pagi - 6pagi

Harga untuk setiap satu batang pancing
1 jam = RM20
2 jam = RM40
3 jam = RM55
4 jam = RM73


2 comments:

Unni Anje said...

bru tahu cara pancing udang galah macam tu, tp udang galah memang sedap

Fatin Days said...

So dapat tangkap berapa ekor udang galah? Ske sgt makan udang galah :D

http://www.fatindays.com