Saturday, December 24

Makan Burger Hitam di Loveats Restoran Tg Malim. Perak

Assalamualaikum . .

Bulan September yang lalu, aku turun ke semenanjung sebab nak jaga kakak ipar berpantang. Sebulan lebih jugaklah stay kat semenanjung . Amir tak join. Dia turun semenanjung sekali ngan aku sebab dalam masa tu, adik Amir ada pentauliahan Suksis kat UPM Serdang. Lepas majlis tu, dia balik ke Sarawak. Aku pulak balik ke kampung aku, sebelum ke Tg Malim umah abang aku untuk jaga kakak ipar bersalin.

Masa aku jaga kakak ipar bersalin tu, ada satu hari abang aku ajak makan kat Loveats . Aku tau yang Loveats ni jual burger dan roti yang digunakan berwarna hitam. Abang aku tak habis-habis kata roti tu warna hijau. maybe dia tengok kat banner tu warna hijau kot. hahah



Ini gambar depan kedai tu. Kedai ini mengadap jalan besar jugak. So, memang boleh nampak la kalau lalu jalan besar tu. Nasib la kali ni datang dia buka. sebab sebelum ni pernah nak singgah tapi tutup. huhu


Kaunter 


Restaurant ni table service. So, duduk dan tunggu la dorang bagi menu ni. Masa sampai menu ni, aku tak tau nak order apa sebab tak tau mana yang sedap mana yang tak. So, abang aku suggest suruh makan set eggcellent. Sebab dia pernah makan burger tu sebelum ni dan dia kata sedap. 



Memandangkan abang aku dah pernah makan burger sebelum ni, so dia pilih Set Classic Chicken Chop. (RM12.90)


Ini set Burger Eggcellent(RM14.90) aku. Sebelum ni aku dah pernah try Charcoal Burger kat Kuching . Masa tu ada expo apa ntah aku tak ingat. Burger tu best jugak la.. Masa dapat burger ni aku tak expect lebih la dari charcoal burger yang aku makan kat Kuching sebelum ni. Tapi selepas gigitan pertama, OMG! sedap giler burger yang niiiii... Seriously kalo datang sini lagi memang aku nak repeat order!



Chicken Fillet tu terlalu juicy .. Memang best! Alamak, aku yang tengah menaip ni pun dah terliur bila kenang kan balik, Aisehhhhh~


Yang ni anak abang punya. aiskrim vanila . comel je dengan biscuit tu. Dulu kecik2 suke sangat makan biscuit tu. Sekarang dah besar kita tak pandang dah la kan.. huhu.




Masa nak bayar kat kaunter , aku terpandang la kat tepi chiller tu ada keratan akhbar. Rupenya Loveats ni dah biasa kluar paper dah. Pada aku memang patut pun keluar paper sebab makanan yang sedap macam ni biar semua orang tahu dan cuba. Memang takkan menyesal .

Kalau ada yang berhajat nak ke Tg Malim dan nak try makan kat restoran ni, ini ada details sket kat bawah ni. Semoga dapat membantu.


Alamat 
Loveats Restaurant
No.22 Jalan U1
Taman Universiti
35900 Tanjung Malim
Perak Darul Ridzuan

Contact Number
012-309 2069

P/s : Harap-harap owner restoran baca dan bagi aku makan free plak lepas ni. hehehe

3 comments:

Unni Anje said...

mcm nk g perak je skg.. sedapnya yer

Edda414 said...

Unni Anje
sedap.. pergilah try.hehe

Fatin said...

Yay ade tempat baru nak singgah kalau outstation ke ipoh nanti! Thanks for sharing