Saturday, November 26

My First Makeup Brush Set from LAZADA~


Assalamualaikum . . 

Ini la makeup brush set yang aku baru beli tu.. ada 24batang. hihi.. teruja~


Bulan lepas kannn, aku ada intai-intai lazada punya website . Pastu terbeli pulak set makeup brush ni . . seriously, aku bukanlah orang yang suka belek-belek muka kat depan cermin lama-lama. So, makeup bukanlah sesuatu yang HARUS @ WAJIB pada aku . .

tapi....(ada tapi dah sekarang ni)

Lately, aku macam sibuk explore pasal makeup la pulak. lepas satu, satu aku belek beauty youtuber punya channel. Malaysian, indonesian,Singaporean,Australian, dan banyak lagi la beauty youtuber yang aku dok intai channel dorang. Pastu tetiba rasa macam nak conteng2 muka . . hahahaha..

beauty youtube yang tak asing lagi, sah-sah la Michelle Phan kann.. 

Walaupun aku bukan peminat makeup, tapi aku still la jugak ada koleksi barang makeup ni. Tapi bukanlah dari Sephora. Makeup pallete yang biasa2 je. pastu yang murah2 je.. Pastu kebanyakan barang aku beli kat drug store je . . Walaupun drug store, tapi ok whattttt~


Sekarang ni aku baru explore beberapa batang berus je . . Banyak lagi yang aku tak explore . Sebab as a beginner dalam makeup ni, ada beberapa berus yang aku tak tau fungsinya . . Pada aku , macam sama je fungsi berus-berus yang aku dapat tu . . Walau bagaimana pun, aku dah pandai dah bentukkan kening . hahaha.. Kening je pandai buat skang ni . . 


Tadaaaaa~

Pada aku, dah ok dah bila pandai buat kening gini . . Dulu aku jeles sangat tengok orang yang kening bersepah, sekali bila dia touch up sket kening terus nampak solid je eye brows dia . . Tapi now, aku pandai dahh.. hahaha... Boleh jadi cikgu eyebrows dah.. 

So, minta maaf siap-siap la kalo lepas ni tetiba banyak update pasal makeup . . hahahha.. and yeah! Kalau ada rezeki lebih memang nak buat Sephora Haul . . But, dont take it seriously coz aku ni kadang-kadang hangat-hangat tahi ayam je . .  hari ni minat makeup, esok minat jahit, lusa minat benda lain pulak .Hahaha.. 

Thanks for reading and dont forget to leave ur comment and follow me!
(",)

2 comments:

Noor Maizan said...

Mai ada makeup brush basic je, hahaha kening dan shading hidung both pakai obuse je,kehkehkeh, kekangan budget :P

Edda414 said...

Noor Maizan
tak perlu ada semua brush pun takpe.. yg edda pakai ni pun macam banyak je yang tak tau apa kegunaannya. tak sampai 10berus pun guna dari 24pcs tu. huhu. edda pun budget jugak. sbb tu beli set ni. murah sket kat lazada tu. tapi kualiti tak berapa best =(