Thursday, November 3

Makan - makan di Annuar Steamboat , Jalan Pesiaran Ban Hock, Kuching.Sarawak


Assalamualaikum .. 

Hujung bulan lepas , Amir ajak join Geng kerja dia makan di Annuar Steamboat . Aku biasa dengar nama Annuar Steamboat ni tapi tak pernah pun pergi lagi . . Almost 3 years stay kat Sarawak baru kali ni dapat pergi ke Annuar Steamboat  . Lagi pun kami laki bini ni stail makan tempat yang biasa kami makan je kalau makan kat luar . . Tempat yang sesak dan unfamiliar ngan Amir, memang tak pergi lah . . 

Amir dah pernah pergi dah makan kat sini sebelum ni . . Tapi macam yang aku cakap tadi la, tempat ni sesak sket sebab selalu ramai orang. So, Amir memang taknak bawak aku pergi makan kat sini . Kebetulan je group kerja dia buat makan-makan kat sini, so dia pun ajak lah aku join sekali. 

Kat sini memang banyak pilihan makanan. kalo nak yang dah siap masak macam nasi goreng ke, mee goreng ke, memang ada je kat dalam tu .  bukan steamboat semata-mata la . . 




Tapi masa datang kat sini aku adalah on diet (diet sangatttt), so aku tak makan nasi la sangat malam-malam. Aku makan yang rebus - rebus je . . Kat meja tu dah siap ada paste tomyam ngan serbuk sup ayam . pilih la nak letak yang mana satu sebagai hidangan korang . Masa ni kami guna paste tomyam sbb dah lama tak makan tomyam. . Tapi diingatkan hanya paste je dia bagi . Dah try mintak garam tak dapat la pulak . So kalo korang rasa nak hirup tomyam yang korang buat kat sini sampai habis, makanya bawaklah bekalan garam, ajinomoto dan seangkatan dengannya dari rumah . gituwwww



Yang best makan kat luar ala-ala steamboat ni adalah sang suami lebih lama didapur . Ahaksss! Aku tolong makan je . . Lagipun, aku tak biasa la stimboat2 ni . . 



Kawasan kat sini memang best .  Ruang besar pastu selesa . . Masa kami pergi ni, ada la satu group tengah buat suprise birthday party, siap kedai ni pasangkan lagu birthday lagi . So nice . .  





MEmandangkan makan tanpa nasi pastu makan pulak sikit sikit sebab sambil masak sambil makan, maka banyak jugak lah yang dapat makan .  Tips nak makan tempat macam ni senang je . Please makan makanan yang jarang makan, yang mahal dipasaran dan yang paling penting, jangan makan makanan yang ada dalam peti sejuk kat rumah . Baru la berbaloi2 . 



 Kat sini makanlah banyak mana yang korang nak, tapi make sure habiskan! Kalau tidak, setiap lebihan makan akan dicaj RM5 untuk setiap 100gram . . Sebabnya makan yang lebihan tak boleh bawak balik . Kat sini kita dapat menanamkan sikap Jangan Membazir kerana membazir it amalan Shaitoooonnnn!


Ok . Done merepek meraban, so ini adalah contact number kalo nak booking. Mesti diingat! Kedai ni selalu fullhouse. So, untuk mengelakkan takde tempat duduk masa datang nak makan kat sini nanti, better make ur reservation first. Harga untu dewasa RM22 dan kanak-kanak RM12


FOR RESERVATION CALL
019-8867900 / 019-8586557
( 7malam - 11malam) 




1 comment:

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnyaaaaaaaaaaaaaa