Wednesday, November 2

KISAH BENAR KEMATIAN ADIK SAKURAKO DAN KAEDE 2010 (Sunk Into the Womb)



Sakurako Hagi dan Kaede

Menurut laporan Japan Today pada tahun 2013 ,  Seorang wanita berusia 25 tahun telah didakwa kerana membiarkan dua orang anaknya yang masih kecil hidup di dalam rumah yang dipenuhi sampah dan mengalami kebuluran sehingga menyebabkan kematian .

Sanae Shimomura dikatakan meninggalkan 2 orang anak perempuannya yang masih kecil iaitu Sakurako Hagi, 3 tahun dan Kaede , 1 tahun didalam rumah yang berkunci di Barat Osaka sementara dia pula mnghabiskan masa di rumah teman lelakinya .

Sanae mula meninggalkan dua anaknya bersendirian sejak Mac 2010 dan tidak pulang ke rumah sehingga Jun 2010 . Namun sebulan kemudian ketika Sanae pulang ke rumah, dia mendapati kedua-dua anaknya telah mati .

Laporan autopsi mendapati bahawa dua beradik tersebut mati akibat kebuluran . Bagaimanapun punca sebenar kematian masih tidak dapat dipastikan .

Laporan dari Phunu Online pula mengatakan jiran yang tinggal berhampiran pernah terdengar dua beradik berkenaan menangis. Namun tidak pernah cuba untuk memasuki rumah tersebut dan tidak pula melaporkan kejadian itu kepada polis. Polis menemui mayat Sakurako Hagi dan Kaede dalam keadaan tidak berpakaian, mereput dan tinggal tulang dipercayai telah mati sebulan atau dua bulan yang lalu.

Menurut seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali kerana mereka kerap menangis hampir setiap malam .

Panggilan telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi , 30 Mas 2010 di mana jiran terbabit memaklumkan dua kanak-kanak menjerit memanggil nama ibunya sehingga lewat malam .

Dua pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokannya hari 1 April dan jam 6 petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah berkenaan.

Jiran itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7 pagi, 8 April. Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut pada jam 2 Petang dan keesokan harinya, hasil masih sama tiada respon yang diberikan. Laporan ketiga dibuat jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Sekali lagi pegawai kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasil tetap sama.

Berdasarkan garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48 jam setelah menerima aduan.

Bagaimanapun, pegawai berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman tersebut. Malah mereka jugak tidak dapat menghubingi saudara mara penghuninya kerana tidak tahu siapa yang tinggal dikediaman itu. Ekoran dari itu, tiada sebarang laporan polis dibuat .

Menurut kenyataan media pihak berkenaan, situasi pada ketika itu tidak menampakkan kes tersebut penting kerana tiada sebarang jeritan meminta tolong dan tiada laporan kanak-kanak didera. malah pegawai berkenaan tidak menyoal siasat jiran-jiran berhampiran kerana bimbang ia akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak .

Menurut pengadu, kanak-kanak malang itu sudah berhenti menangis hampir sebulan sebelum jiran sebelah rumah mangsa terhidu bau busuk yang datang dari rumah mangsa pada bulan Julai.

Beberapa pakar berpendapat, jika pegawai kebajikan bertindak pantas, nyawa kedua-dua mangsa mungkin dapat diselamatkan. Di bawak undung-undnag, pihak kebajikan boleh mendapatkan waran untuk memasuki rumah tanpa memerlukan keizinan pemiliknya bai melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.

Ekoran kejadian itu, Sanae Shimomura ditahan pada lewat Jun 2010 selepas rakannya yang dihubungi oleh penjaga pangsapuri berhubung penemuan mayat dua beradik itu. Sanae didakwa atas tuduhan meninggalkan dua anaknya tanpa sebarang makanan sehingga kedua-dua mangsa mati kebuluran .

Ketika ditahan, Sanae berkata, "saya ingatkan mereka akan mati selepas ditinggalkan selama seminggu. Saya tak rasa saya sepatutnya pulang kerumah untuk menyelamatkan mereka," katanya.

Ekoran itu, Sanae dijatuhkan hukuman penjara selama 30tahun . 

1 comment:

Fhatin Amelia said...

Ya Allah kejam betul..