Wednesday, July 27

sorang Perak, sorang Kelantan . . Masing2 Stay kat Sarawak . . Tapi Sokong JDT . . Acaner tu??


Assalamualaikum . . 

~Tajuk taknak kalah. nak panjang ajer~

Jumaat haritu kan ada perlawanan Liga Super Sarawak menentang JDT kat Stadium Negeri Sarawak . .. Aku dapat la beli dua keping tiket . . Itu pun tak rancang sangat nak pergi tengok . . Kebetulan je haritu masa otway balik dari beli makanan kawan Amir mesej Amir ajak pergi tengok JDT lawan . . Kebetulan Jumaat haritu cuti hari Sarawak, so tak kisah sangat la sebab memang sah-sah takde keje . . Kitorang pun on je . .  Walaupun hakikatnya, Amir geng RedWorrior and aku geng PerakTeam . Tapi on that perlawanan kami sokong JDT . . .  JDT ke, Sarawak ke, RedWorrior ke, Perak ke, kita kan tetap satu Malaysia . . chillah beb~



Tiket dapat yang bawah bumbung punya harga . . RM25 sorang . . . Aku budget mesti ramai pergi stadium tgk bola sebab SUKMA kan kat Sarawak . . Ramai budak-budak Sukma dah datang Sarawak time ni . . Dah masuk stadium tgk taklah ramai pun. .  Tak penuh pun kerusi . . Ruang untuk JDT kan kecik sikit.. Itu pun tak penuh . . 





 Kitorang masuk stadium awal . . Perlawanan start kul8.15 mlm . . Kami kul 6.30 tu dah masuk stadium la . . Lama giler nak tunggu perlawanan start . . Siap boleh habis burger sebijik, air sebotol during waiting period tuh . .Pastu baru hegeh-hegeh cari surau nak Solat Maghrib . . Surau kat stadium tu okey jugak dan selesa cuma tempat wuduk perempuan macam OUT sikit.. tapi Alhamdulillah, selesa . . Siap ada solat berjemaah dlm surau tu . .



Aku duduk memang betul-betul kelompok penyokong JDT . . Drum besor-besor tu memang dekat sangat la dengan tempat duduk.. Cair taik telinga dengar bunyi drum sepanjang perlawanan . .


 Aku kalo tengok perlawanan bola ni ikut mood sikit.. Kalau mood aku okey memang aku fokus betul2 kat bola tu.. bila bola dah depan pintu gol, aku dah tak duduk diam dahhh . . Kalo bola masuk gol, memang aku bangun terus lompat2 macam aku pulak yang jaringkan gol tu . . Nasiblah sepanjang perlawanan ni, mood aku memang mood nak tgk bola. So memang menjadilah perangai disitu..



Masa ni dah habis dah . . Tapi JDT supporter tak berhenti lagi nyanyi lagi2 cheers dorang . . Sampai lagu raya pun dorang nyanyi . . Abam-abam polis bawah tu pun enjoy je . . hahaha. . 


Dan terkeluar pulak gambar aku kat page JST (www.johorsoutherntigers.com).. Jangan marah naaa.. 

1 comment:

Maman Reen said...

hihihi Reen singgah dan follow blog sis.. Jemput singgah blog Reen ♥