Friday, July 29

Day 3 : Padang - Bukit Tinggi (Jam Gadang, Restaurant Sederhana, Masjid Safinatullah, Masjid Raya Sumatera Barat, Lautan hindi & Pondok Ikan Bakar


Assalamualaikum . . 

Selepas ke Lubang jepang kita ke Jam Gadang pulak . . . berhampiran dengan jam Gadang ni ada Pasar Atas . .  Pasar Atas ni banyak jual baju2 .. Tempat shopping . .  




Macam mana la akak tu boleh tatang cenggitu . . Tak terkehel ke . . 



Kat sini la Pasar Atas tu . .Nak naik tangga Pasar Atas tu ada patung Harimau jaga situ . . Nama pasar Atas ni sebab Pasar tu ada dekat Atas . . Atas tu banyak jual telekung . . Telekung-telekung sulam sangat banyak . .  Tapi harga nya bagi aku agak mahal jugak lah . .  

Tapi bawah Pasar Atas tu pun ada jual-jual jugak . . Aku beli kat bawah tu je . . Beli baju untuk suami dan bapa mertua  . .  Harga murah . . Kain pun kualiti bagus. Selesa.. .  Baju budak yang sepasang tu dalam RM8 je . .  Kat sini ada yang taknak duit Malaysia. Tapi ada jugak setengah kedai tu nak duit Malaysia . . Tapi kebanyakan nya nak duit Indonesia sebab masa kami pergi sini, matawang malaysia memang tengah jatuh . . 


Merasa air ni . . Rasanya macam rasa teh o je .  Sedap jugak . Time ni rasa rugi beli sebotol je . . Dah la tengah haus... huhuh


Lepas dah membeli kat Pasar Atas tu, Dah takde nak buat ape dah . . Tunggu geng-geng group lain yang masih menyopping je . .  So kebetulan ada kete kuda time tu, kami naik la bertiga .  Harga mahal jugak la kalo ikutkan.. Kuda ni akan bawak kita pusing2 pekan . . Tapi tak selesa lansung duduk belakang tu, rasa nyesal naik . . Pastu rasa "aduh, bila la nak habis" . .  




Lepas dah habis pusing ronda-ronda naik kuda tu, kitorang dihiburkan dengan pengamen . . Macam Tegar la kiranya . . Masa ni takde orang layan dorang main . . Sebab yolah, sah2 dia nyanyi dia mintak duit kan . . Tapi masa ni abah teringat kat arwah kawan dia masa sama-sama datang kat Padang ni . Arwah tu pernah upah pengamen nyanyikan lagu AYAM DEN LOPEH  . . so abah pun suruh la dorang nyanyikan lagu yang sama sebagai mengenang kembali kawannya tu



Lama tau tunggu orang lain siap shopping . . Perut dah lapar ni . . 


Lepas dah siap kumpul semua, kami gerak ke Restoran Sederhana . . Nama je Sederhana, tapi taklah sederhana sangat . . 




macam biasa, makan kat sini tak lain aku mesti cari sambe ijo pastu air mesti nak oder Jus Sirsak (Jus Durian Belanda).. Masya-Allah, sedap sangat lebih-lebih bila rasa serat-serat durian belanda tu . . Yummehhh~

Kalo nak oder jus sirsak ni make sure yang fresh la tau . . sebab ada setengah kedai tu dia guna pati durian belanda je.. Yang tu tak sedap sangat . ,


Lepas dah kenyang, kita teruskan perjalanan ke Padang, kita singgah dulu solat jamak di Masjid Safinatullah . .


unik tau toilet nye . . Open air punye toilet . . kiranya kalo orang nak mengintai tu memang tak perlu panjat2 la.. Jeling-jeling pun dah dapat Full HD .  hahaha . . Nasib la masa ni aku tak rasa nak membuang sebab dah buang siap2 masa kat restauran tadi . . Kalo tak, tak aman la nak membuang kat sini. . hahaha


Perempuan punya bahagian kat tingkat atas . . 



Lepas dah solat, singgah lagi kat kuih neraka .  Ada yang nak bungkus untuk makan dalam bas . . kami pun beli jugak dalam 10pcs . .


Gunung berapi tu masa kami datang hari pertama tu, tak nampak sebab hujan . . Kali ni pergi nampak jelas . . Gunung berapi dan masih aktif!


Pastu singgah kat Masjid Raya Sumatera Barat . . Masa ni dah sampai kawan Padang yang tak berapa nak tinggi dah . . So, memang masa nie dah tak pakai sweater dah . . 



singgah di persisiran Lautan Hindi pulak . .



Pakcik ni bila kita ambil gambar, dia pun sibuk nak amik gambar kita jugak.. Pastu dia boleh print dah suruh bayar . . Dah kenapa kan ..  Tapi abah suruh beli je.. Walaupun gambarnya tak berapa cantik..=(



yang tepi tu tengah tunggu pakcik tu print gambar . .  Kusyuk memasing . . 


Ambil angin Lautan Hindi dulu . .


Kat sini memang ramai pelancong datang . . Daya tarikan jugak lah kiranya .  Dah puas bergambar kat Lautan Hindi ni, Kita pergi makan ikan bakar pulak . .  


Kita makan kat pondok ikan bakar cabang khatib sulaiman ni . . Masa ni memang dah nak masuk maghrib dah . .  Boleh tengok-tengok matahari terbenam masa makan ni . . 


kantoi sangat nampak tudung tak gosok .  hhuhuh . . Lepas makan kita terus ke hotel . .  Masa nie memang penat sangat dah . . Nak baring je rasanya . . 


malamnya kami bermalam di Bunda Hotel=)


3 comments:

Azwar Syuhada said...

Wah bestnya ronda-ronda.. ;)

Maman Reen said...

Bilik airnya.. Hihihi Memang unik.

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

yeay another travelog spotted! haaa. kita follow awak =D