Thursday, March 3

DAY 1 : Padang Bukit Tinggi Indonesia (Kuih Neraka dan Butik Muni)






Dekat Pandai Sikek ni aku cumalah cuci mata. Mulanya nak beli beg Telekung Sulam Handmade tu. tapi sebab pikirkan baru sampai, tak nak la beli lagi sebab manalah tahu lepas nie jumpa yang murah lagi.. Rupanya sepanjang aku di Padang ni, harga kat kedai ni lah harga paling rendah. Sapa yang nak ke Padang lepas ni, make sure korang borong bag telekung bebanyak kat sini. 



Selepas ke Kampung Pandai Sikek , kami singgah la di BIKA TALAGO KOTO BARU. Pak Adi nak bagi kami rasa Kuih Neraka. katanya kuih neraka ni rasa syurga. Sepanjang perjalanan ke Bika Talago ni, dah terbayang dah macamana la rupa kuih neraka tu. Yeke sedap? Nama pun dah menggerunkan.



Sekali sampai kedai ni nampak api , bara , kayu api. pergh. memang nampak macam NERAKA DUNIA lah. kawasan masak ni gelap dan panas. kalau dari luar memang nampak api je. Duduk lama-lama kat kedai ni boleh menimbulkan keinsafan lah.








kedai Kuih Neraka ni takda jual air. so kena pergi kedai runcit tepi kedai kuih ni. Nampak macam kedai runcit tapi boleh order air macam kedai makan. masa first nak order air kat kedai tu takut je tersalah kedai. tak nampak lansung macam tempat nak order air. 


Kopi + Kuih Neraka = 4 bintang stgah!

 kuih ni ada dua jenis. satu rasa pisang satu rasa kelapa. aku suka yang kelapa. Tapi geng2 yang satu trip ngan kami suka pisang lagi. tapi pisang atau kelapa memang dua2 win lah. siap bungkus 10 bijik buat makan dalam bas.





beli  CHITATO ni buat kudap-kudapan dalam bus. Masa ni ktorang dah nak gerak ke Bukit Tinggi dah. Hotel kami kat Bukit Tinggi. Suhu pun dah berbeza dah. Sejuk.. Suhu macam kat Cameron la lebih kurang..



Masa on the way nak ke Hotel, singgah dulu di kedai MUNI MUNI. aku lupa nama penuh kedai ni. aku panggil kedai MUNI MUNI je. sebab sebelum ktorang sampai kat kedai ni, Pak Adi ada cakap, kalo nak mintak kurang harga, sebut MUNI MUNI MUNI banyak kali. nanti dia akan bag discount la. Muni tu nama tokeh kedai ni. tokeh tu memang ada kat kaunter je.

Aku ada beli baju sulam kat kedai ni. Acun pun ada jugak beli barang kat kedai ni. kami combine skali dan mintak la kurang masa nak bayar tu. skali dia kata tak dapat kurang dah. aku pun try la guna ayat magika MUNI MUNI tu... 

"Boss boleh la kurang sikit lagi.. MUNI MUNI MUNI MUNI MUNI.. "

"okey lah. kurang lagi Rp10000"

ha kauuuu... itu tak sampai sepuluh MUNI lagi aku guna. dah dapat kurang Rp10k. hahaha.. Bila ingatkan balik lawak pulak. tapi itulah salah satu tarikan yang menarik kat kedai tu.


Lepas dah menyoping kat MUNI tu, kami direct terus ke HOTEL GRAND MALINDO. cuaca kat sini sejuk. Best. Baru la dapat rehat sikit. Time ni memang penat sangat. sebab dari pagi tak rehat kan. 







Bilik memang selesa. standard 3 Bintang punya hotel. so merehatkan diri la dulu sementara menunggu masa nak makan malam...

 Perbezaan masa dengan Malaysia sejam. Kalo kat Indonesia Pukul 8malam, kat Malaysia 9Malam. Sejam je beza. so tak rasa sangat perbezaan waktu dengan Malaysia.



yang ni masa nak tunggu bas bawak pergi makan malam.


Kami makan malam di AYAM PENYET WONG SEMARANG.



Order Ayam Penyet. Masa order tu dah pikir kesedapan AYAM PENYET kat Sarawak. skali sampai alamakkk.. Kecil pulak ayamnya. Komfius Ayam ke burung. Uhuks. Makan juga lah kan. perut lapar. masa ni tak sabar nak balik hotel dah nak tido. 

Selesai makan , Pak Adi bawak Pulak ke Kedai Kain Sulam Cahaya Bordir. Rambang lah mata samapi terlupa badan dalam kepenatan. 


Aku dapatlah rembat kain pasang sulam sepasang untuk buat pakai masa adik ipar kawin awal bulan depan. Kat kedai ni jugak ada jual Telekung Ala Siti Khadijah tu. Beli jugak lah sepasang telekung. 

Kalau nak beli kain sulam tu, perhatikan betul2 corak kain tu ye. sebab ada sepasang kain tu corak bunga sulam dia macam kepala binatang plak. Ntah la. Korang rasa?
.
.
.
.
.
.


?????

No comments: