Monday, August 1

berbangga menjadi diri sendiri bila...[dot...dot...]

assalamualaikum dan salam ramadhan..






pada bulan yang lepas, aku dan adik aku telah mendaftarkan diri untuk kelas memandu. memandangkan memasing2 kami sudah mempunyai lesen moto... makanya, kami telah mendaftarkan diri untuk kelas memandu kereta pulak.. okey2, aku tahu ianya adalah LEWAT apabila berumur 25 baru mendaftar diri untuk lesen itu. sepatutnye umur2 macam aku dan ader kereta sendiri dan dah boleh bawak kereta dengan jayanya. tapi bagi aku ianya taklah teruk sangat kalo nak dibandingkan dengan orang yang dah ader kete sendiri tapi masih belum ader lesen.. itu tak baik okeyy..








menunggu di depan kedai lesen adalah kepastian bila temujanji untuk memulakan kelas .. tunggu kereta ambik bawak kami ke litar latihan memandu. kalo nasib baik, maka cepatlah pakcik itu mengangkut kami ke pusat memandu.. kalo nasik tak berapa nak baik, maka insiden berpeluh-peluhan akan terjadi...






selepas mendaftarkan diri, kami akan menjalani taklimat pemanduan selama 3 jam.. dan taklimat itu adalah sengat memboringkan. yelahhhh, teori je kottt.... kalo praktikal, baru lah syokkk.. tak gitu... maka, selpeas tamat taklimat, barulah kami mula belajar secara praktikal pulak.. ha!!! yang nie baru best!!






memandangkan pendaftaran ke pusat memandu adalah hasil pengeluaran duit poket ayahanda tercinta, maka kami berdua telah bertekad untuk belajar bersungguh2... yup! memang kami bersungguh sampai boleh kalahkan kesungguhan budak2 nak jawab exam SPM.. dasyat tak dasyatnye kesungguhan kami...






latihan dalam litar. ini aku tak suke sebab aku amat fail kalo bermain dalam litar.. tak best! cube bagi aku latihan kat jalan raya.. sumpah seronok! lalaalaaa...



setelah cukup masa latihan iaitu selama 10 jam tak termasuk taklimat, jadi kami telah didaftarkan pulak untuk sesi pengujian bersama JPJ! ueeeeeeewwwwwwwwwwww, cuak beb!! i'm telling you the truth la..... sumpah takut.. gegar kepala lutut!





1 ramadhan. bersamaan 1 ogos. tarikh pengujian bersama JPJ... pakcik tempat aku amik lesen tuh bagai tau, kalo tak lulus, kena tambah rm150 lagi.. giler ahhh! duit lagiii... jadi, aku dan adik aku telah membuat satu perjanjian antara kami.



edda : arip! kalo kakda lulus test nie, kakda belanja kamu topup.
arif : kakda, kalo arip lepas test nieh, arip nak gunting rambut pendek.



maka, setelah tamat sesi pengujian bersama JPJ, maka kami telah mengingatkan janji masing2 sebab ape??? sebab aku and adik LULUS dengan jayanya pengujian itu.. yeay!!!!!!!!!!!


bangga dengan diri sendiri!~



button like sudah ader. suke?? like la..=)

2 comments:

mr_mrs mikko said...

waaa idaaa,
pasni boleh laaa bawak kreta..
hihih...
aku hari tu amik lesen dkt perlis...
sbb kalo d sabah ni..
bapak mahal weh..
lesen keta sma dgn harga amik lesen moto&keta kalo dkt sana...

KiKiHanakO said...

heheh ini lah kerja saya beb! kat tempat sekolah memandu cuma bezanya saya tak de kat litar.. cuma kat tempat table test sahaja.. buat booking. pastu takde buat ape saya update bloggg!! hehe