Friday, November 12

the reason why! [kampungku, syurgaku]

alhamdulillah...




settle jugak kenduri tahlil unutk 3 kali jumaat berturut2.. tadi adalah yang last. wahhhh, pejam celik pejam celik dah tiga minggu rupanya mak abah kat mekah. alhamdulillah.. tak sabar rasanye nak tunggu mak abah balik. rindu weh. bukan pernah pon berpisah lelama ngan mak abah nieh. betol2 terasa kehilangan. malam tadi mak abah ader mesej. just bgtau yang dorang berdua sihat kat sana. ahad nieh akan ke arafah unutk wukuf plak. moga mak abah dpat menyempurnakan ibadah haji dengan sempurna. amin..




tadi adalah kenduri last tahlil. alhamdulillah. settle. walaupon kenduri tadi aku kena handle sensorang kat rumah sebab adik beradik aku non ado kat rumah. minggu lepas ader jugak adik lelaki and abg long coz minggu lepas jumaat adalah hari deepavali. harus cutiii... so, ramai jugak la yang join kenduri tahlil tuh..




tadi punye kenduri, sape pun tak de kat rumah. hanya aku. only me! tapi aku sikit pon tak gentar(ceeeehh) coz aku tinggal kat kampung. kampung aku kampung muafakat! seyes cakap, kalo ader pertandingan kampung muafakat, aku nak pertaruhkan kampung aku. konfem menang. so, bab masak memasak, aku tak perlu risau. aku cuma perlu bukak pintu belakang je! ader la yang menyapa nanti.




macam petang semalam jiran aku laju je tanya pasal pulut. nak rendam bagai. ha! kauuuuu... petang lagi dah tanya pasal pulut!. dalam hujan meredah air sanggup datang semata nak tanya pulut dah rendam ke belum!. kagum sekejap!...







pagi tadi, awal2 pagi jiran aku dah datang siapkan semua barang2 nak masak. siap sume, dorang mula masak. siap jugaklah pulut kuning dan rendang ayam. tugas aku cuma sediakan pinggan mangkuk dan cawan2 je. buat air pun aku yang buatkan. yang lain sume jiran tetangga aku yang settlekan. termasuklah panggil orang untuk datang kenduri! kagum hokeyyyy...




settle kenduri, pinggan mangkuk habis dicuci! bukan aku yang cuci. tapi jiran2 aku yang cuci.. aku?? cuma perlu kutip pinggan mangkuk yang kotor sajork. sangat muafakat bukan???






hello!!! sume2 yang tinggal di kota dan bandaraya... sila jangan jeles dengan kemuafakatan kampung ku ini hokey.




gambar : ulang tayang kenduri yang lalu.

3 comments:

Makbed said...

baguss kan dok kampung. kalu kat pekan, jiran sebolah pun tak kenal.

a d r e y n i e e l i s y a said...

smalah ngan umah aku ni edda..
best oo tggl d kg..
ihihih...

kalo wat knduri..
smua turun padang

faraNorddin said...

makk aii...best btoi kalo mcm tu,...xgentar lgsg...