Thursday, May 19

LIVE WEBINAR bersama Dato' Azizan Osman

Assalamualaikum


Selesai sudah sesi webinar bersama Dato Azizan Osman. 
TERIMA KASIH DAO

Gigih tunggu depan laptop. hihi

Friday, April 8

Salam Takziah untuk keluarga Mr.OS







sumber dari anak Mr.OS , Husna Yusof

Wednesday, March 9

DAY 2 : Padang Bukit Tinggi Indonesia (Ummi Aufa Hakim , Lembah Arau/Lembah Ekor & Lengkok 9)


Assalamualaikum . . 

Aktiviti hari ke-2 kami bermula dngan sarapan pagi di Hotel Gran Malindo. Sarapan pagi seawal 6.30pg waktu Indonesia. Kalo waktu Malaysia pukul 7.30pg time tu. 



OOTD untuk hari ke-2 adalah baju beli kat kedai MUNI MUNI tu. Cantik sulamannyer. Baju ni beli sebab memang dah plan taknak bawak baju byk, sebab nak beli baju baru kat sini. Tapi sampai kesudah, sehelai ni je la baju yg dibeli kat sini. huhu. Kat sini takde iron. Kalau nak iron kena hantar kat laundry. nnt dia tolong gosokkan. Tapi kena bayarlah. Pastu nak kena tunggu masa laundry bukak pulak. Memang tak iron lah sampai kesudah. So, kalo tengok gambar2 tudung kedut2 tu jangan ditegurr...haha


Acah belek paper Padang Express sebelum sarapan pagi.


Breakfast adalah berupa nasi goreng + meggi goreng (kalo tak silap). Rasanya tak lah sesedap makan di RESTORAN PAK DATUK semalam. Tapi takat nak lapik perut sebelum berjalan seharian harini, cukup sangat dah breakfast kami tu.


Masa tengah sarapan tu, berita tentang Gempa Bumi kat Taiwan. Masa ni agak seram dah sebab kawasan Padang ni memang antara kawasan yang selalu kena gempa bumi. Tapi syukur sepanjang kat sana takda apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Kecuali insiden pokok tumbang. Itu nanti next entry kita cerita.


KEDAI UMMI AUFA HAKIM


Lepas sarapan, tempat pertama yang Pak Adi bawak ktorang adalah ke Kedai Kerepek Ummi Aufa Hakim. 



Kat sini memang banyak la mkanan/ kerepek-kerepek. Ada pisang salai, bahulu,kerepek pisang dll. Serunding pun ada jual kat sini. Kat sini banyak jugak ktorang beli. Beli pun sebab ada orang kirim + nak bagi jiran-jiran sedara mara. Kakak Ipar aku ada yang mengandung. Kirim pisang salai. Aku tak tau la apa rasanya sebab aku tak try pun, Ntah la. Macam tak minat. Yang aku minat kat sini adalah Kueh Bangket dan Kerepek pisang coklat je. hihi. 


  Staff kat sini umakaiiiihhhh.... lemah lembut je suaranya. kalo nak buat calon menantu memang sesuai sngatlah. Lemah lembut tutur bahasa.Bila bercakap dengan dorang terasa macam suara aku ni kasar giler. 


aku kat sini banyak makan TESTER je. saja nak try. Tapi makin aku test makin banyak pulak aku nak beli. Nasib la kat sini abah ada sponsor sket. yahoo.. jimat. Yelah, aku bawak Sejuta Rupiah je datang Padang nie. Sob..Sob..



Tempat masak2 kerepek kat tepi kedai je.


Yang best kat sini bila kita beli banyak dia siap packingkan dalam kotak. so senang la nak bawak naik flight balik nnt. 


Kueh Bangket nie la yang aku suka tu.. Masa tunggu geng2 lain siap membeli belah, aku makan la kueh bangkit ni. Pastu aku pas la sikit kat orang yang duduk blakang kerusi aku dalam bas tu. skali dia rasa, terus dia bangun dan masuk balik kedai tu membeli jugakkkk... huhu.. 


Lepas memborong segala kerepek kat kedai tu tadi, kitorang pergi ke Air Terjun Lembah Arau pulak. Sebelum pergi ke air terjun tu, lepak-lepak amik gambar scenery dulu.. Ada yang panggil tempat ni Lembah Ekor. Sebab kat sini ada bukit batu yang kalo kita menjerit, berekor-ekor lah gemanya. Tapi aku tak try jerit pun sebab dorang tak berheni kat Bukit batu tu. Kalo berhenti, memang aku jerit dahhh.. hahahahaha


Pemandangan di Lembah Arau.


Lepas dah puas bergambar kat sini, kami bergerak pula ke Air terjun lembah Arau... Tak excited sangat time ni. sebab kat sini banyak giler air terjun, Lebih-lebih lagi masa ni musim hujan. Memang banyak la.. Ada tinggi ada rendah. Sama je macam air terjun yang pernah aku tengok.


Dalam perjalanan ke Air Terjun tu, ternampak la rombongan orang kawin. Semua pakai sedondon. Adat minangkabau lah kot.


Banjir. Pergi musim hujan memang nampak banjir je la.. huhu. Nasib la banyak jugak tempat dapat cover masa kat sini.


 AIR TERJUN LEMBAH ARAU


Nampak je Air Terjun ni tetiba rasa KETERUJAAN yang melampau. Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan tuhan. memang cantik sangat.. Walaupun terkena tempias Air Terjun ni, tapi sesi bergambar harus diteruskan. 


Siap bergambar dengan basikal lagi. Masa ni, aku nampak budak-budak sekolah lalu lalang kat depan air terjun ni sambil naik basikal. Aku nampak scene tu terlalu menarik. Maka dengan kuasa sebagai seorang pelancong, aku tahan la sorang budak ni. 

"nak pinjam basikal boleh?"
"kak mau kemana?"
"saya nak pinjam amik gambar je"
"okey.."
"beg ni ambillah" 
"takpe kak, biar aja'

maka terhasillah gambar ni. masa nak ambik gambar ni, aku kat situ dah hampir basah terkena tempias air terjun tu. habis spect mata. dah la spect mata takde wiper. uhuk uhuk. Lepas dah pulangkan basikal kat budak tu, aku hulurlah RM1. Bukan main suke dorang dapat duit. 


Lepas dah agak kebasahan akibat ditempias air terjun, maka kami pun lepak la kejap dalam kedai kat depan air terjun ni untuk menumpang teduh. 


makanan kat sini seuma basah kena tempias air terjun ni. Sebab tu la kebanyakan mkanan jual kat sini bertutup/plastik.

LENGKOK 9



Lepas menikmati keindahan alam di Air Terjum Lembah Arau, kami ke Lengkok 9 pulak. 


Pada mulanya kami pergi yang kat kawasan bawah ni. Nampak tak termpat yang aku bulatkan tu? kat situ lah kami nak pergi lepas ni. Dari sini nampak pondok2 gerai je. Untuk sampai ke tingkat atas tu, ada 2 jalan. Satu jalan yang berlengkok-lengkok dan satu jalan yang baru buat . Tak berlengkok dah la. Pak Adi bawak kami naik guna jalan berlengkok dan turun duna jalan baru. 

Pengalaman naik ke atas tu guna laluan lengkok ni sangatlah menggerunkan. jurang kat tepi tu ngeri sangat tgk. Ha! inilah salah satu reason kenapa bas perlancongan kecik2. Dah jalan pun kecik gitu. nak belok pun ngam2 bas kecik tu je. Jalan tu berlengkok2 sebanyak 9kali baru sampai kat atas tu. Masa ni kami tak pergi ke LENGKOK44. dengan cerita lagi extreme dari naik roller coaster.



Lepas dah lalu lengkok9 tu barulah kami sampai kat atas ni...


Kat atas ni ada orang jual2 makanan. Tapi kami tak makan pun. Singgah sini pun sebab nak amik gambar group.



 Time ni dah mula nak hujan dah. Amik gambar group pun rushing2. Dah la amik gambar dekat sangatttttttt dengan curam ni haaaaa... 


Time ni memang ketar lutut diri kat tepi ni. Tinggi tuuu... tersilap langkah boleh kebawah nuuuu...

Lepas dah bergambar group dah selfie2, msing2 perut dah berkeronconggg... Minta makanan. So, kami terus pergi makan ke Restaurant SITUJUAH. 

...NEXT UPDATE....